icon-search
icon-search

Lokasi terkini kes positif Covid-19 (15 Okt)

Lokasi terkini kes positif Covid-19 (15 Okt)

Senarai terdahulu: 8 Okt9 Okt10 Okt11 Okt12 Okt13 Okt dan 14 Okt

Berikut adalah lokasi terkini yang dilaporkan terjejas oleh wabak Covid-19 pada hari ini.

Senarai ini akan dikemas kini dari semasa ke semasa selaras dengan pengumuman yang dibuat.


Jika anda mengetahui sebarang lokasi yang disahkan merekodkan kes Covid-19 tetapi tidak disenaraikan di sini, ia boleh dimaklumkan kepada kami melalui e-mel covid19@malaysiakini.com.

TEMPAT IBADAT 

  • Gereja Hati Kudus, Jalan Peel, Kuala Lumpur

Seorang peserta upacara keagamaan yang diadakan pada 27 September di sini disahkan positif Covid 19 pada 12 Oktober, kata Keuskupan Agung Kuala Lumpur.

Pesakit berkenaan tidak menunjukkan gejala pada masa itu, manakala upacara keagamaan itu hanya ditangguhkan mulai 7 Oktober.

SEKOLAH, INSTITUSI DAN PUSAT PENGAJIAN

  •  Kolej INTI, Subang

Para pelajar dimaklumkan bahawa seorang kakitangan bukan akademik diuji positif pada 13 Oktober.

Sebagai langkah berjaga-jaga, mereka yang telah makan di kantin kampus di Blok A (Uncle Chong Cafe) dari 5-9 Oktober antara 12.00 tengah hari dan 2.00 petang diminta mendaftar di sini atau menghubungi Perkhidmatan Pelajar di 017-220 4090 / iics.ssd@newinti. edu.my.

KAWASAN KEDIAMAN

  • Kampung Lela, Kuala Pegang, Kedah

Satu kes dikesan di sini semalam, kata Jabatan Kesihatan Kedah.

  • Taman Mergong Indah, Alor Setar, Kedah

Satu kes dikesan di sini semalam, kata Jabatan Kesihatan Kedah.

  • Taman Pertama, Pokok Sena, Kedah

Satu kes dikesan di sini semalam, kata Jabatan Kesihatan Kedah.

PENGANGKUTAN AWAM

- Stesen Bas Lahad Datu

Penumpang Bas Ekspress Sabariah yang berlepas dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu pada jam 9 malam pada 26 September diminta mendaftarkan diri di Klinik Kesihatan

untuk penjejakan kontak Covid-19, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Covid-19 Sabah.



Older post Newer post

Your cart is currently empty.
Continue shopping